Keadaan jerebu Batu Pahat semakin pulih, IPU menurun berbanding semalam

LocalEnvironment
7 Oct 2026 • 11:52 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keadaan jerebu Batu Pahat semakin pulih, IPU menurun berbanding semalam

BATU PAHAT: Keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan di daerah ini dilihat semakin pulih apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Batu Pahat menunjukkan penurunan ketara pagi ini, berbanding malam tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batu Pahat memaklumkan bacaan IPU yang dicerap setiap dua jam mencatatkan bacaan 195 pada pukul 7 pagi sebelum menurun kepada 190 pada pukul 9 pagi.

Semalam, bacaan IPU pada pukul 8 malam direkodkan pada paras 203, iaitu dalam kategori sangat tidak sihat sehingga menyebabkan sekolah, tadika, taska dan sekolah agama di seluruh Daerah Batu Pahat ditutup, hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan umum seperti Dataran Penggaram, di sini turut lengang daripada sebarang aktiviti susulan keadaan jerebu berbanding hari-hari biasa.-UTUSAN

The post Keadaan jerebu Batu Pahat semakin pulih, IPU menurun berbanding semalam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved