Keadaan Nad Zainal Semakin Stabil Walau Masih Di ICU

23 Nov 2022 • 10:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nad dimasukkan ke ICU sejak dua hari lepas.

Walaupun masih lagi ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, namun keadaan pelakon Nad Zainal dilaporkan stabil apabila oksigennya menunjukkan peningkatan yang baik.

Namun, rakan baiknya, Ungku Ismail bagaimanapun memaklumkan bahawa Nad berkemungkinan mengalami penyakit autoimun.

“Doktor beritahu, mereka masih belum dapat kenal pasti punca berlakunya pendarahan berterusan pada paru-paru Nad.

“Tiada simptom atau gejala lain yang menunjukkan dia mendapat jangkitan bakteria lain,” katanya yang telah menerima pengesahan daripada doktor tentang keadaan terkini Nad.

Nad adalah sebahagian daripada pelakon yang menjayakan drama bersiri, Cina Buta terbitan Radius One ketika ini yang sepatutnya mula bersiaran di Astro Ria pada hari ini.

Ketika menjayakan penggambaran drama bersiri itu, Nad mengadu tidak sihat serta dimasukkan ke ICU sejak dua hari lepas.

Dia juga disahkan mengalami jangkitan paru-paru dan berada di tahap kritikal sehingga terpaksa ditidurkan.

Ramai rakan-rakan artis yang datang menziarahi Nad Zainal di hospital tersebut.

Sebahagianya pula telah memberikan kata-kata semangat di media sosial agar Nad terus berjuang supaya terus kekal pulih. - Getaran, 23 November 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved