Keadaan penyanyi Sheqal yang diserang strok dapat perhatian PM

9 Mar 2024 • 4:00 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Keadaan penyanyi era-90 an, Sheqal, 59, atau nama sebenarnya Shahrin Salehuddin yang kini menderita akibat penyakit strok telah mendapat perhatian dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sheqal yang popular menerusi lagu Cinta Nusantara itu, kini berkerusi roda selepas empat kali diserang strok.

Menerusi Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi, Perdana Menteri telah menyampaikan sumbangan bagi pihak beliau untuk membantu meringankan urusan harian dan perubatan Sheqal.

“Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah,’’ kata Anwar menerusi hantaran di Facebooknya.

Sheqal, yang dilahirkan di Pahang cukup popular dengan genre muzik nusantara dan pop tradisional.

Media sebelum ini melaporkan Sheqal sudah tidak mampu bekerja lagi selepas mendapat serangan penyakit berkenaan. - 9 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved