Keadaan Puteri Thailand stabil

Entertainment
19 Dec 2022 • 3:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BANGKOK: Keadaan Puteri Thailand Puteri Bajrakitiyabha Narendira Debyavati (gambar) yang dimasukkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri akibat serangan jantung dilaporkan stabil.

Menurut kenyataan Royal Household Bureau, puteri berusia 44 tahun yang dimasukkan ke Hospital Memorial King Chulalongkorn di Bangkok sejak 15 Dis itu, menerima rawatan untuk “jantung, paru-paru dan buah pinggang”.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa pasukan perubatan akan memantau rapi keadaan puteri raja itu.

Anakanda sulung Raja Maha Vajiralongkorn itu rebah semasa melatih anjingnya untuk acara Working Dog Championship di wilayah Nakhon Ratchasima pada petang Rabu.

Puteri Bajrakitiyabha ialah puteri tunggal Raja Vajiralongkorn dengan isteri pertamanya, Puteri Soamsawali.-Bernama