Keahlian PKR naik hampir 5,000, bukti keyakinan rakyat - Anwar

LocalPolitics
1 Mar 2026 • 11:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anwar (tengah) ketika ditemui media pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin Masyarakat Tempatan di Kompleks Seri Perdana pada Ahad. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencatat pertambahan hampir 5,000 anggota baharu sejak kebelakangan ini, sekali gus mencerminkan keyakinan berterusan rakyat terhadap perjuangan parti itu.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun berdepan suasana politik yang disifatkan sebagai ‘riuh rendah’, sokongan terhadap PKR kekal kukuh.

"Kita ada berita baik, dalam keadaan riuh rendah sedikit sebanyak ini, keanggotaan bertambah hampir 5,000 yang baharu.

"Kenaikan itu menunjukkan keyakinan terhadap perjuangan parti masih mendalam,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Masyarakat Tempatan bersama Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana di sini pada Ahad.

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti berkenaan.

Dalam pada itu, Anwar menyeru pimpinan PKR di semua peringkat supaya terus memperkukuh jentera parti serta memperjelas isu yang berpotensi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat.

Beliau berkata, penjelasan yang tuntas dan berfakta amat penting bagi memastikan keyakinan rakyat terhadap parti terus diperkukuh. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved