
Bertarikh 5 Disember 2023, di pusat tadbir dan latihan Razak School of Government (RSOG), Cyberjaya, menjemput Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Kanan Institut Kajian Etnik (KITA), UKM dalam siri In Conversation sebuah dialog ekseklusif sektor awam. Dialog yang bertajuk Bahasa Menyatukan Kita dalam menerokai pengetahuan kearifan tempatan.
Sesi yang dikemudi oleh seorang Moderator dari RSOG, Dr. Khadijah Said Hashim. Sesi bermula dengan pertanyaan Moderator kepada Prof. Teo, bagaimana Prof mempelajari Bahasa Melayu dahulu?
Prof. Teo menjelaskan bahawa beliau berasal dari Kelantan, dimana negeri tersebut populasinya melebihi 90 peratus adalah Melayu. Sebagai seorang Cina dan minoriti, kebanyakkan minoriti di negeri tersebut bukan sahaja fasih berbahasa Melyau tetapi fasih dalam dialek Kelantan juga. Ini adalah hasil daripada asimilasi, antara hasil asimilasi yang terselah ialah Komuniti Peranakan. Prof. Teo menyatakan bahawa Malaysia telah memilih integrasi berbanding asimilasi. Integrasi bersifat bersatu tetapi masih boleh berasing-asing.
Bahasa Melayu? Bahasa Malaysia? Bahasa Kebangsaan? Mana lebih tepat?
Soalan yang tepat ditanyakan kepada Prof. Teo oleh Dr. Khadijah. Hal ini memberi kerunsingan pada rakyat terutamanya akan kedudukan nilai dan jati bahasa melayu sebagai bahasa perantara. Acapkali, istilah sedemiian digunapakai oleh pemimpin negara namun penjiwaan terhadap maksud amat kurang.
Ruang sesi dialog terdiam seketika apabila Prof. Teo lebih memilih istilah Bahasa Negara. Prof. Teo menyifatkan Bahasa Negara boleh berfungsi sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi. Apa perbezaan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi?
Bahasa Kebangsaan - secara relatif, tiada unsur penggunaan yang wajib dalam sistem. Contoh: Bahasa Kebangsaan Singapura adalah Bahasa Melayu tetapi tiada penggunaan wajib dalam sistem Bahasa Rasmi - Penggunaan yang wajib di dalam siste penadbiran, Pendidikan.
Contoh:
- Singapura memilh Bahasa Inggeris sebagai.
- Bahasa Rasmi (utama) & Bahasa Melayu, Bahasa Cina
- Bahasa Tamil sebagai Bahasa Bersama
Secara fitrah bahasa dinamakn oleh pentutur yang menggunakannya. Dalam sejarah dunia, setiap tamadun yang disatukan menggunakan satu bahasa. Ini secara zahir menunjukkan bahasa sebagai penyatuan rakyat. Sejarah Korea Selatan bermula Maharaja Korea memperkenalkan sistem tulisan dan kemudian mulanya komunikasi seterusnya peradaban berkembang maju dengan bahasa menyumbang pada pendidikan, kesepakatan masyarakat dan intelektual.
Dalam usaha Malaysia untuk penyatupaduan selespas tragedi 13 Mei 1969, Malaysia menggunakan istilah Bahasa Malaysia untuk menyatukan rakyat namun, ianya tidak diterima secara positif.
Istilah Kearifan Tempatan bagi Prof. Teo adalah nilai dan etika yang dapat dimanfaatkan untuk hidup agar lebih tersusun dan bijaksana.
Iman Syah adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
