“Keb*dohan Dapat Kat Abang” – Ryzal Ibrahim Selar Netizen Kritik Anak Makan Makanan Korea

LocalEntertainment
13 Jan 2025 • 1:37 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ryzal ibrahim

Pasangan selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae tidak terkecuali menerima komen negatif daripada netizen mengenai cara mereka membesarkan anak.

Baru-baru ini, netizen menegur Maryam yang menghidangkan anaknya, Rina masakan tradisi Korea, Jjajang Tteokpokki.

Rina makan Jjajang Tteokpokki sampai licin

Individu terbabit mempertikaikan mengapa Rina tidak diberikan makanan Melayu memandangkan ibunya sudah memeluk agama Islam.

Tidak berdiam diri, Ryzal menyindir kembali dengan nada sinis tetapi penuh berisi.

“Patut bagi anak makanan tekak Melayu” – Netizen

image is not available

Tidak cukup dengan itu, komen seorang lagi individu turut mendapat perhatian Ryzal. Netizen tersebut menulis, “Kesian kat anak, bagi makan macam-macam.”

Ryzal membalas dengan nada yang lebih pedas tetapi tetap mengekalkan keprofesionalannya.

“Saya pun kesian kat abang, nama kita sama tapi sayang kebodohan dapat kat abang,” balasnya dengan tegas.

#OhmediaNasihat

Kita boleh belajar daripada situasi ini untuk menghormati cara setiap ibu bapa mendidik anak mereka. Komen berbaur negatif hanya akan mengeruhkan suasana. Hormatilah keputusan setiap individu kerana mereka lebih mengetahui apa yang terbaik untuk keluarga mereka.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Facebook Duriankimchi