“Kebaikannya Allah Buka Satu Per Satu” – Pernah Dikecam & Dihina, Video Lama Arwah Suhaimi Beri Nasihat Buat Netizen Sebak

17 Nov 2023 • 9:55 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Di laman media sosial kini, penuh dengan video-video Allahyarham Suhaimi Saad susulan ramai yang memuat naik videonya sebagai tanda rindu dan hargai kebaikannya sebelum ini.

Sedia maklum, arwah sangat dikenali sebagai seseorang yang mempunyai pandangan sendiri tetapi selalu ditentang oleh netizen hingga dihina serta dikecam terus-menerus.

Tetapi melalui satu video yang sedang tular di platform TikTok yang memaparkan arwah telah membuat orang ramai berasa sebak, lagi-lagi apabila mendengar Suhaimi memberi nasihat tentang kebaikan solat berjemaah.

Netizen yang meninggalkan komen di hantaran video berkenaan berkata Allah SWT menunjukkan kebaikannya satu per satu selepas arwah meninggal dunia.

image is not available

image is not available

Sekadar info, Allahyarham Suhaimi Saad meninggal dunia pada jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru akibat jangkitan kuman di paru-paru.

image is not available 24 hours ago

"Sebelum Kesihatan Merosot, Ayah Ada Pesan Untuk Mandikan & Solatkan Jenazahnya" - Anak Sulung Arwah Suhaimi Saad