Kebajikan pesara jadi keutamaan kerajaan

LocalPolitics
18 Oct 2026 • 5:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebajikan pesara jadi keutamaan kerajaan

KUALA TERENGGANU – Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM750 kepada lebih sejuta pesara kerajaan menerusi Belanjawan 2027 membuktikan kerajaan terus menghargai jasa golongan itu

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, amaun bantuan itu lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya, sekaligus mencerminkan keprihatinan kerajaan terhadap pesara yang pernah mencurahkan bakti terhadap negara.

Menurutnya, penjawat awam tidak pernah dilupakan biarpun sudah bersara kerana golongan itu tetap dipandang tinggi kerajaan atas sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan.

“Ini jelas menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan pesara yang telah banyak berjasa ketika berkhidmat dahulu,” katanya ketika ditemui pada program Santuni Pesara di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Wan Ahmad Dahlan mengunjungi tiga kediaman pesara iaitu, bekas Pembantu Tadbir Lembaga Letrik Negara, Soh Kim Seah, 90; bekas Pembantu Tadbir Kewangan Jabatan Pertanian, Rosnani Abdullah, 73; dan bekas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Jabatan Perangkaan, Mohd. Saadum Che Embong, 69.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Dahlan berkata, program ziarah pesara yang dilaksanakan setiap kali turun padang menjadi antara usaha untuk mendekati golongan berkenaan serta mengenalpasti keperluan kebajikan mereka.

Katanya, bantuan seperti kerusi roda dan makanan turut disalurkan mengikut keperluan pesara bagi membantu meringankan beban kehidupan seharian mereka.

“Jasa pesara yang pernah mencurahkan bakti kepada kerajaan sebenarnya tidak mampu dibalas sepenuhnya namun menerusi program seperti ini, kita dapat memberikan sedikit sumbangan dan menyatakan penghargaan kepada mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Kebajikan pesara jadi keutamaan kerajaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved