Kebajikan wanita terus dibela, Selangor sedia lima peruntukan, program baharu (VIDEO)

4 Jan 2023 • 1:40 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 4 JAN: Kebajikan golongan wanita terus mendapat perhatian Kerajaan Negeri apabila lima peruntukan khusus dan program baharu disediakan dalam Belanjawan Selangor 2023.

Dato’ Menteri Besar berkata Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan kepada Akademi Kepimpinan Wanita (AKW), selain kuota khas untuk perniagaan dan bantuan usahawan wanita.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata bantuan serta sokongan turut disalurkan kepada pusat jagaan dan asuhan persendirian di perumahan bagi mengiktiraf peranan mereka.

“Selain itu, kita menyediakan peruntukan I-Suri iaitu simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk simpanan masa depan kaum wanita di Selangor.

“Kita juga sediakan lebih RM200,000 untuk progran menjamin dan mengatasi kemiskinan haid dalam kalangan wanita khususnya golongan berpendapatan rendah (B40),” katanya menerusi rakaman di Facebook hari ini.

Dalam rakaman itu, beliau menekankan lima perkara utama dalam Belanjawan Selangor 2023 yang diluluskan pada November lalu.

Kerajaan Selangor membentangkan Belanjawan 2023 berjumlah RM2.45 bilion, merangkumi RM1.25 bilion (51 peratus) untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.20 bilion untuk perbelanjaan pembangunan (49 peratus) pada 25 November lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved