Kebakaran Apartment Hong Kong: Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang, Puluhan Masih Hilang

28 Nov 2025 • 2:38 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kebakaran Apartment Hong Kong: Angka Korban Meningkat Kepada 94 Orang, Puluhan Masih Hilang

Pasukan bomba giat melaksanakan operasi pencarian di blok apartment terakhir dalam kawasan perumahan yang terbakar dalam isiden kebakaran terburuk Hong Kong dalam tempoh beberapa dekad, pada Jumaat.

Menurut AFP, angka korban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 94 orang dengan puluhan mangsa lagi masih hilang.

Pihak berkuasa tempatan berkata, kebakaran di empat unit bangunan yang meliputi lebih 2,000 unit kediaman sudah berjaya dikawal, iaitu lebih 36 jam selepas kebakaran bermula di kompleks yang terdiri daripada lapan buah bangunan secara keseluruhan itu.

Timbalan Pengarah Perkhidmatan Bomba Hong Kong, Derek Armstrong Chan berkata, pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat berdasarkan 25 panggilan kecemasan yang masih belum diselesaikan.

Tambah Derek, pencarian akan dibuat di semua unit kediaman bermula selewat-lewatnya pada pukul 9 pagi (0100 GMT).

Lebih 50 mangsa masih dirawat di hospital, termasuk 12 orang dalam keadaan kritikal dan 28 lagi dalam keadaan serius.

Puluhan mangsa yang lain masih belum dapat dikesan, namun jumlah tepat tidak dikemas kini sejak awal Khamis.

Dalam pada itu, pihak berkuasa kini sudah giat menjalankan siasatan bagi mencari punca kebakaran, termasuk meneliti penggunaan perancah buluh dan jaring plastik yang membaluti bangunan kediaman sebahagai sebahagian daripada kerja pengubahsuaian secara besar-besaran.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong pada Khamis memaklumkan pihaknya telah membuka siasatan terhadap kerja pengubahsuaian di kompleks berkenaan, beberapa jam selepas polis menahan tiga lelaki kerana disyaki cuai meninggalkan bahan pembungkusan buih di lokasi.