Kebakaran Asrama, 90 Pelajar Selamat Berkat Solat Isyak Berjemaah Di Surau

29 Apr 2025 • 12:09 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kira-kira 90 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak terselamat daripada insiden kebakaran asrama selepas mereka dipercayai sedang menunaikan solat Isyak secara berjemaah di surau sekolah itu malam tadi.

Memetik laporan Harian Metro, kesemua pelajar yang berusia 13 hingga 17 tahun berada di surau pada waktu kejadian, sekali gus mengelakkan mereka daripada terperangkap dalam kebakaran tersebut.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

 

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Japari Tajuddin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.43 malam.

Empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, Sentul, Jalan Hang Tuah serta Gombak Selatan bersama pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi pemadaman dan penyelamatan.

Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan tingkat satu bangunan asrama pelajar lelaki di sekolah berkenaan.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya beberapa minit kemudian dengan kemusnahan akibat kebakaran dianggarkan 80 peratus.

image is not available

Turut difahamkan, tiada mangsa yang tercedera kerana semasa kejadian kesemua pelajar sedang berada di surau.

Menurutnya, Unit Forensik JBPM akan menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca kebakaran dan jumlah kerugian.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 7 days ago

"Ada Yang Kata Mereka Pembayar Zakat, Jadi Tak Nak Terima.." - LZS Dedah Mangsa Kebakaran Gas Putra Heights Tolak Zakat RM500