Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata

14 Oct 2022 • 2:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

6 buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Tong Sang

Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Hari yang menjadi hari penantian untuk bercuti di hujung minggu bertukar tragedi untuk beberapa individu apabila tempat mereka berteduh musnah dijilat api.

Di Sibu telah terjadi satu kebakaran yang memusnahkan 6 buah rumah di Jalan Tong Sang pagi ini. Dalam kebakaran tersebut dapat disaksikan juga keadaan penduduk sekitar berpusu-pusu menyelamatkan diri masing-masing.

image is not available
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Info Sibu

Bomba gegas ke tempat kejadian untuk melakukan tugas pemadam api kerana dikhua

Difahamkan pihak Bomba telah menerima laporan daripada orang awam pada sekitar 9.10 pagi dan mereka segera ke tempat kejadian yang berhadapan dengan Pintu Gerbang Sibu. Setiba pihak Bomba di tempat kejadian, api yang masih marak menjilat 6 buah rumah tersebut segera dipadam oleh pihak Bomba kerana dikhuatiri merebak ke rumah yang lain.

Hingga saat ini, pihak Bomba masih menyiasat dan mencari punca kebakaran tersebut dan jumlah kerugian yang dialami mangsa juga turut belum dapat dipastikan.

image is not available
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Info Sibu

Dalam satu perkongsian video rakaman yang tular di Facebook, kedengaran suara-suara penduduk yang terlibat dalam kebakaran sedang panik menghadapi situasi dan kelihatan juga keadaan asap berkepul dan api yang semakin marak menjilat rumah.

image is not available
Kebakaran Di Sibu Ranapkan 6 Buah Rumah Di Jalan Tong Sang Sekelip Mata. Sumber gambar: FB Borneo Network

Bernasib baik, setakat ini tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan. Semoga individu yang terlibat dalam kebakaran ini dipermudahkan urusan.

Boleh baca artikel dibawah untuk mengetahui tentang kejadian-kejadian kebakaran yang berlaku di Sarawak: