Kebakaran Hutan Di Bukit Chabang, Asap Tebal Selubungi Puncak

LocalEnvironment
20 Mar 2026 • 8:51 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KANGAR – Satu kebakaran hutan dilaporkan berlaku di Bukit Chabang, Perlis, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat.

Menerusi perkongsian tular di media sosial, kejadian itu menyebabkan asap tebal menyelubungi puncak bukit berkenaan dan dapat dilihat dari jarak jauh.

Difahamkan, kebakaran tersebut bermula sejak petang Rabu, namun sehingga kini usaha memadamkan api masih berdepan kesukaran.

Api Masih Belum Dipadam Sepenuhnya

Menurut perkongsian orang awam, kebakaran berkenaan masih belum berjaya dipadamkan sepenuhnya setakat jam 9 malam, Khamis.

Setakat ini, punca sebenar kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut dijangka dijalankan pihak berkuasa.

Bukit Chabang yang turut dikenali sebagai ‘Mini Switzerland’ merupakan antara tarikan pelancongan popular di Perlis, terkenal dengan keindahan landskap serta pemandangan yang memukau. – The Malaysian Update

The post Kebakaran Hutan Di Bukit Chabang, Asap Tebal Selubungi Puncak appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved