Kebakaran Hutan Indonesia: Bantuan Luar Perlu Tunggu Pengisytiharan Bencana Nasional

LocalEnvironment
19 Oct 2026 • 10:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kebakaran Hutan Indonesia: Bantuan Luar Perlu Tunggu Pengisytiharan Bencana Nasional

JAKARTA, 19 Okt (Bernama) -- Bantuan luar bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah yang meluas, termasuk sokongan daripada Malaysia, perlu menunggu sehingga republik itu mengisytiharkannya bencana nasional.

Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan Dudung Abdurachman berkata Indonesia belum membuat pengisytiharan sedemikian memandangkan kerajaan masih berupaya menangani krisis itu menggunakan sumber tempatan.

“Buat masa ini, kita masih berupaya. Negara kami masih berupaya, seperti yang saya katakan sebelum ini, Malaysia ada menawarkan bantuan, sekiranya diisytiharkan sebagai bencana nasional, bantuan itu akan dihulurkan.

“Ini bukan soal bantuan semata-mata, tetapi terdapat juga banyak cabaran teknikal di lapangan, termasuk pengagihan bahan api dan isu logistik yang lain,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Baca juga:

Pada Ahad, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kesediaan Malaysia untuk membantu Indonesia dan mencadangkan mekanisme kerjasama peringkat ASEAN bagi memperkukuh penyelarasan, kesiapsiagaan serta tindakan bersama menangani jerebu rentas sempadan.

Awal hari ini (19 Okt), Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi bahawa Malaysia sedia menggerakkan aset termasuk sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 50 anggota, namun penghantarannya masih menunggu kelulusan rasmi daripada pihak Indonesia.

Bantuan itu pada mulanya dibincangkan semasa pertemuan Ahmad Zahid dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto di Hambalang, Jawa Barat pada 18 Sept lepas, apabila pemimpin Indonesia itu menyambut baik tawaran Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved