Kebakaran Musnahkan 8 Rumah Di Tawau, Wanita Luka Di Muka Dan Kaki

18 Jul 2024 • 4:01 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kebakaran di Tawau, 8 rumah musnah dan seorang wanita cedera

Kebakaran Musnahkan 8 Rumah Di Tawau, Wanita Luka Di Muka Dan Kaki. Kebakaran awal pagi di Kampung Hidayat, Batu 4, Jalan Apas, Tawau pada hari Rabu telah memusnahkan lapan buah rumah dan mencederakan seorang wanita.

Mangsa yang berumur 31 tahun mengalami luka di muka dan kaki, lalu dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan.

image is not available
Kebakaran Musnahkan 8 Rumah Di Tawau, Wanita Luka Di Muka Dan Kaki

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, En. Jemishin Ujin, melaporkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 pagi. Seramai 20 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian.

Mereka mendapati lapan rumah dan empat kereta sedang terbakar. Pasukan bomba bertindak pantas untuk menghalang api daripada merebak ke 15 rumah berdekatan.

Api berjaya dikawal pada jam 3.43 pagi dan operasi pemadaman tamat pada jam 7.24 pagi. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, menurut sumber.

Baca juga artikel yang berkaitan: