Kebakaran Pasar Borong Selangor: Tiada mangsa ditemukan, operasi tamat

24 Jul 2026 • 6:59 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kebakaran Pasar Borong Selangor: Tiada mangsa ditemukan, operasi tamat

SERDANG – Tiada mangsa ditemukan dalam kebakaran yang memusnahkan beberapa premis perniagaan di Pasar Borong Selangor di sini selepas kerja-kerja punggahan sisa bahan terbakar selesai dijalankan petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pemeriksaan di lokasi mendapati tiada individu terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

“Kerja-kerja punggahan sisa bahan bakar selesai dilaksanakan kira-kira pukul 5 petang dan hasil pemeriksaan mendapati tiada mangsa ditemukan.

“Tapak insiden kemudian diserahkan kepada Bahagian Penyiasatan Kebakaran Negeri untuk tindakan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran,” katanya hari ini.

Beliau berkata, operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6 petang selepas semua anggota dan jentera kembali ke balai masing-masing.

Terdahulu, JBPM menggunakan jengkaut bagi mengalihkan timbunan sisa kebakaran susulan terdapat petunjuk bahawa premis berkenaan pernah dijadikan tempat tinggal, sekali gus bagi memastikan tiada mangsa tertinggal di lokasi.

Kebakaran yang berlaku semalam memusnahkan beberapa premis perniagaan di kawasan pasar berkenaan, namun api berjaya dikawal daripada merebak ke bangunan utama pasar. – KOSMO! ONLINE

The post Kebakaran Pasar Borong Selangor: Tiada mangsa ditemukan, operasi tamat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved