Kebakaran Putra Heights: Selangor batal penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri esok

LocalPolitics
5 Apr 2025 • 3:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amirudin memuat naik hantaran di Facebook berhubung pembatalan Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadual berlangsung pada Ahad.

SHAH ALAM - Rumah Terbuka Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Negeri Selangor yang dijadual berlangsung pada Ahad dibatalkan serta-merta sebagai tanda menghormati mangsa insiden kebocoran gas di Putra Heights, Subang Jaya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, segala persiapan pada majlis itu termasuk makanan akan disalurkan kepada pusat pemindahan sementara (PPS), rumah anak yatim, sekolah berasrama dan petugas keselamatan yang bertugas di lokasi bencana.

"Keputusan ini diambil demi menghormati mangsa dan keluarga yang terkesan dalam insiden menyayat hati itu.

"Saya memohon maaf atas segala kesulitan susulan pembatalan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan petugas dan pelaksana majlis yang bertungkus-lumus melakukan persiapan sebelum ini.

“Saya amat menghargai persefahaman semua pihak yang menerima keputusan ini dengan hati terbuka demi maslahah lebih besar.

“Semoga ALLAH SWT memberkati segala usaha kita serta mengurniakan kekuatan kepada mangsa dan semua yang terlibat dalam menghadapi ujian ini,” katanya.

Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor dijangka diadakan di Dataran Kawad Akademi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia, Seksyen 15, Bandar Batu Bangi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved