Kebakaran rumah Koo Ham: Siasatan terperinci, cari dalang terlibat - Saifuddin

10 Jan 2024 • 5:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Saifuddin menerusi sidang akhbar khas pada Rabu.

PUTRAJAYA - Mana-mana individu diingatkan agar tidak mengambil tindakan melulu tanpa mempertimbangkan lunas undang-undang negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, sekiranya perkara itu diabaikan, ia merupakan satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman berat jika disabitkan.

"Bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan siasatan terperinci akan dilakukan bagi mengenalpasti dalang di sebalik insiden ini," katanya menerusi sidang akhbar khas di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai insiden kediaman Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, Manjung diserang menggunakan bahan letupan, molotov cocktail.

Kejadian awal pagi itu telah menyebabkan kebakaran yang memusnahkan tiga kenderaan milik Koo Ham.

AKAN MENYUSUL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved