Kebakaran Saluran Gas: Laluan Seafield-Saujana Putra Di Lebuh Raya ELITE Ditutup

1 Apr 2025 • 2:13 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar PLUS Malaysia

KUALA LUMPUR - Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuh raya ELITE ditutup kepada semua kenderaan susulan kebakaran paip saluran gas berhampiran Putra Heights.

PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengguna menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield sebelum masuk semula ke lebuh raya menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

"Sementara itu, pengguna menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula melalui Plaza Tol Seafield.

"Dalam pada itu, semua laluan masuk ke Lebuh raya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup," menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelak kesesakan. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved