Kebakaran SMAP Kajang: KPM janji salur bantuan segera

11 Jul 2025 • 5:11 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
Fadhlina ketika turun padang meninjau sendiri keadaan sekolah yang terjejas. Turut serta Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad. Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Kejadian kebakaran yang berlaku di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang, Selangor awal pagi Khamis telah mengejutkan ramai, namun syukur tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang turun padang meninjau sendiri keadaan sekolah yang terjejas, memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan segera mengambil tindakan bagi membaik pulih kerosakan yang berlaku.

"Syukur tiada sebarang kecederaan dalam kejadian kebakaran di SMAP Kajang ini. Alhamdulillah, semuanya selamat," tulisnya di Facebook pada Jumaat.

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek

Beliau berkata, kementerian akan menyalurkan sokongan sepenuhnya bagi memastikan keadaan pulih seperti sedia kala.

"Saya tinjau sendiri keadaan sekolah yang terjejas. Ia telah merosakkan blok pentadbiran dan beberapa buah bilik darjah. Namun begitu, operasi sekolah tidak terganggu dan masih berjalan seperti biasa.

"Janji saya kepada semua, kerosakan di SMAP Kajang ini akan segera diperbaiki. Kementerian akan menyalurkan bantuan terbaik kepada pihak sekolah bagi memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warganya," jelasnya.

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek

image is not available
Foto: Facebook Fadhlina Sidek