Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan empat jam

LocalEnvironment
4 Aug 2026 • 11:12 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung dipadamkan empat jam

JBPM Pulau Pinang berjaya memadamkan kebakaran sampah di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung, Nibong Tebal selepas hampir empat jam operasi pemadaman.

NIBONG TEBAL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang mengambil masa hampir empat jam untuk memadamkan kebakaran sampah di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang John Sagun Francis berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dikerahkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.14 malam.

“Kebakaran melibatkan keluasan 36.5 x 27.4 meter persegi. Komander operasi terlebih dahulu menjalankan penilaian awal di lokasi sebelum mengarahkan anggota melaksanakan kerja pengawalan dan pemadaman serta membina fire break bagi menghalang api daripada terus merebak.

“Operasi pemadaman dibahagikan kepada dua sektor iaitu Sektor A dan Sektor B. Kebakaran di kedua-dua sektor berjaya dipadamkan sepenuhnya pada 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John berkata operasi turut dibantu anggota dari BBP Batu Kawan dan Bayan Baru, selain Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Valdor, Parit Buntar, Machang Bubok, Sungai Jawi, Nibong Tebal dan Kuala Kurau serta dua unit jengkaut milik Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Beliau berkata penggunaan jengkaut itu membolehkan kerja membongkar sisa pepejal dilakukan dengan lebih berkesan bagi memudahkan pemadaman secara direct attack serta pembinaan fire break untuk mengekang kebakaran daripada merebak ke kawasan lain.

“Selepas api berjaya dipadamkan, anggota meneruskan kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 1.30 pagi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved