
-and-Yamaguchi-with-the-Single-Cab-Auto.jpg)
Pasaran trak pikap Malaysia kini bergegar dengan kebangkitan luar biasa Isuzu! Kehadiran barisan Isuzu D-MAX 2.2 liter baharu nyata membawa angin perubahan apabila berjaya melonjakkan penguasaan pasaran jenama ini sebanyak 3 peratus kepada 17.3 peratus bagi segmen trak pikap untuk suku kedua tahun 2026.
Tarikan Utama Penangan Isuzu D-MAX 2.2L
Varian Paling Laris: Varian Standard 4x4 Auto 2.2L muncul sebagai bintang utama, merangkumi 36 peratus daripada jumlah keseluruhan jualan Isuzu D-MAX.
Enjin Baharu Lebih Perkasa: Menggantikan enjin 1.9L yang popular sebelum ini, enjin 2.2L baharu menawarkan dinamik pemanduan bertaraf tinggi—memberikan tindak balas lebih pantas, penjimatan bahan api optimum, serta mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang ketat.
Transmisi Moden: Digandingkan pula dengan kotak gear lapan-kelajuan serba baharu yang sangat responsif, memberikan pengalaman pemanduan yang lebih lancar dan bertenaga.
Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Tomoyuki Yamaguchi menyifatkan keupayaan Isuzu D-MAX yang terkenal sejak dulu.
"Ia digabungkan dengan prestasi yang diperhalusi serta kecekapan bahan api yang lebih tinggi. Ini sekali gus menjadikannya sebuah trak pikap serba boleh dan unggul,” katanya.
Dengan pengenalan barisan model Isuzu D-MAX 2026 baharu pada bulan Mac lalu, Isuzu kini menawarkan 10 varian.
Varian Single Cab Auto Pertama MalaysiaVarian Single Cab dengan transmisi automatik pertama di Malaysia yang ditawarkannya juga menerima sambutan hangat kerana ciri pemanduannya yang mudah serta mampu membawa lebih muatan tanpa mengira permukaan bumi dengan adanya sistem 4x4 yang cekap.
Varian ini telah menyumbang sebanyak 60 peratus daripada jualan trak pikap Single Cab Isuzu D-MAX. Populariti dan penerimaannya dijangka akan terus meningkat kerana kemampuannya untuk menjadi sebuah kenderaan kerja yang boleh diharapkan serta mudah dikendalikan.
Untuk merasai pengalaman pemanduan Isuzu D-MAX serba baharu dengan enjin 2.2 liter ini, serta untuk mengetahui senarai pengedar sah berdekatan anda, layari laman isuzu.net.my.

