Kebebasan bersuara perlu ada garis, tidak melampaui batas

LocalPolitics
3 Jan 2023 • 6:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ketua Dasar Awam ByteDance yang juga mengelola Tiktok Malaysia, Hafizin Tajudin ketika bertemu Saifuddin di pejabatnya di Putrajaya. - Foto Facebook Saifuddin Nasution

SHAH ALAM - Kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat perlu ada garis yang harus dijaga supaya tidak melampaui batas sehingga menyentuh sensitiviti pihak lain.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini kerana, ia akan mencetuskan kegusaran dan menggugat ketenteraman awam.

"Bagaimanapun, kerajaan hari ini cukup terbuka dengan agenda mempertahankan kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.

"Sememangnya, perkara itu juga yang kami perjuangkan sekian lama," katanya menerusi laman Facebook pada Selasa.

Perkara tersebut dibincangkan ketika beliau bertemu dengan Ketua Dasar Awam ByteDance yang juga mengelola Tiktok Malaysia, Hafizin Tajudin di pejabatnya di Putrajaya.

Tambah Saifuddin Nasution, perbincangan itu diadakan demi Malaysia yang harmoni dan memperkukuh perpaduan nasional.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved