Kapal Mikeno dari Greece yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan berjaya memasuki perairan wilayah dan belayar paling hampir dengan pesisir Gaza sebelum akhirnya dipintas secara tidak sah oleh Tentera Pertahanan Israel (IDF).
Menurut hantaran di akaun rasmi Global Sumud Flotilla (GSF), kru Mikeno dipuji kerana keberanian dan keteguhan tekad mereka selepas berjaya menghampiri Gaza meskipun berdepan ancaman besar. Kapal berkenaan dikemudi kapten Turki, Muhammad Kuchuktigin, yang dilaporkan berulang kali menghidupkan dan mematikan radar sejak jam 3 pagi waktu Gaza, bagi mengelak daripada dipintas ketika berada hanya 60 batu nautika dari pesisir.
This is the crew of the #GlobalSumudFlotilla boat from Greece, the Mikeno, that entered territorial waters and sailed closest to #Gaza. The man laughing in the background of the photo is Turkish captain of the Mikeno, Muhammad Kuchuktigin. The Mikeno kept switching their radar on… pic.twitter.com/ZsISfV8yzM
Bagaimanapun, kapal tersebut yang turut membawa pelakon dan aktivis kemanusiaan dari Malaysia, Ardell Aryana, bersama 19 sukarelawan lain, disahkan ditahan selepas terputus hubungan sejak pagi.
Baca juga:
Maklumat dikongsi melalui akaun Facebook rasmi Sumud Nusantara Official menyiarkan video rakaman Ardell atau nama sebenarnya, Nurul Hidayah Mohd Amin, memegang pasport Malaysia.
Dalam mesej video tersebut, Ardell merayu agar kerajaan segera menggerakkan usaha menyelamat.
“Jika anda menonton video ini, ia bermaksud saya telah ditangkap dan dibawa secara paksa oleh tentera Israel. Misi kemanusiaan kami adalah aman, tiada keganasan dan mematuhi sepenuhnya undang-undang antarabangsa.
“Saya segera merayu kepada Kerajaan Malaysia terutama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menuntut pembebasan segera dan tanpa syarat,” katanya.
Insiden ini sekali lagi mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap tindakan Israel yang menyasarkan misi kemanusiaan aman bagi membawa bantuan ke Gaza.
LIVE SOS 06:01 AM / 02 OKT 2025 #sumudfotilla2025 #livesos #standforsumud #ardellaryana
Terdahulu, masyarakat dunia khususnya rakyat Malaysia berdebar menantikan perkembangan terkini mengenai peserta GSF. Ardell sebelum ini turut membuat siaran langsung di media sosial sebelum didatangi oleh tentera Israel.
The post ‘Keberanian luar biasa!’ – Penganjur GSF puji tindakan kru kapal Mikeno appeared first on The Reporter.

