Kebuluran Semakin Tenat Di Gaza – WFP

28 Dec 2024 • 11:48 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kebuluran Semakin Tenat Di Gaza – WFP

ROM, 28 Dis (Bernama) — Program Makanan Sedunia (WFP) menyatakan kebuluran semakin menghimpit penduduk di Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Menurut WFP, pihaknya hanya dapat membawa masuk kira-kira satu pertiga daripada bekalan makanan yang diperlukan untuk menyokong penduduk di Gaza.

“Kami mengulangi seruan kami untuk akses yang selamat dan berterusan serta pemulihan undang-undang dan ketenteraman.

“Gencatan senjata lebih diperlukan berbanding sebelumnya,” tegas WFP di platform X.

Sumber: Bernama