Kecacatan Struktur & Peralatan: Honda Civic & Kia Sorento Antara 6 Model Kenderaan Dipanggil Semula – JPJ

Cars
20 Feb 2025 • 4:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengarahkan panggilan semula enam model kenderaan daripada syarikat automotif berbeza melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 41,688 unit.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, panggilan semula itu susulan isu kecacatan pada struktur, peralatan atau sistem pada model terbabit.

Menerusi kenyatan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi JPJ hari ini (20 Februari), Aedy berkata masalah-masalah itu dikhuatiri boleh mengakibatkan kemalangan.

Model yang terlibat dan tahun pengeluarannya

Berikut model-model yang terlibat:

  • Honda Civic & CR-V (36,378 unit)
  • Kia Sorento XM (4,245 unit)
  • TGS 18.360 4×2 BL SA, TGS 33.540 6×4 BB SA, TGS 28.440 6×2 BL SA dan TGS 33.480 6×4 BB SA (291 unit)
  • Ford Everest (288 unit)
  • Audi e-tron GT RS & e-tron GT (168 unit)
  • Mercedes Benz & Mercedes AMG (18 unit)

Tahun pengeluaran model-model terlibat:

  • Honda Civic & CR-V (2022-2024)
  • Kia Sorento XM (2010-2015)
  • Man TGS (2021-2023)
  • Ford Everest (2022-2024)
  • Audi e-tron GT RS & e-tron GT (2022-2024)
  • Mercedes Benz & Mercedes AMG (2017-2023)

Pemilik kereta akan dihubungi pihak pengeluar kenderaan

Menurutnya, setiap pemilik kenderaan yang terlibat akan dihubungi oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

Katanya, pemilik terbabit juga diminta membuat perancangan awal bagi membolehkan proses pemanggilan semula dan pemeriksaan kenderaan dapat dijalankan secepat mungkin.

“Untuk makluman, mana-mana komponen yang terlibat dengan isu tersebut akan digantikan dengan kos yang ditanggung oleh pihak pengeluar kenderaan masing-masing.

“Maklumat lanjut berkenaan proses pemanggilan semula ini, pemilik kenderaan boleh hubungi atau kunjungi mana-mana pusat jualan/ perkhidmatan masing-masing yang berdekatan,” katanya.