Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff

Art
29 Apr 2023 • 8:30 AM MYT
Saya Zuan
Saya Zuan

An avid toy collector who enjoys making videos, writing and travelling.

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Tahukah anda tentang wayang kulit? Di Malaysia, seni pertunjukan wayang kulit telah diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melaka lagi. Namun, bentuk dan ciri khas wayang kulit yang boleh didapati di Malaysia telah melalui perubahan dan olahan, membuatkannya berbeza daripada pengaruh negara-negara dimana seninya diwarisi, seperti India dan Indonesia.

Amnya, pertunjukan wayang kulit di Malaysia biasanya disajikan dalam bahasa Melayu dan lebih popular di negeri-negeri gantai timur. Cerita-cerita yang dibawa kepada penonton pula berasal dari kisah-kisah tradisional orang India dan Melayu seperti Hikayat Seri Rama dan Hikayat Maharaja Wana. Selain itu, pertunjukan wayang kulit di Malaysia juga menggunakan alat-alat musik tradisional Melayu, seperti gamelan, rebana, dan serunai.

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Maka, apabila Aurum Theatre, The Gardens Mall menyajikan wayang kulit sebagai sebahagian daripada pamerannya bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri, ia tidak mengejutkan apabila kebanyakan daripada bahan pameran ini mendapat perhatian orang ramai. Ini kerana keunikan wayang kulit-wayang kulit itu tersendiri yang moden dan ada juga dalam bentuk digital, berbeza daripada wayang kulit tradisional yang sudah menjadi kebiasaan tontonan orang kita.

Apa maksud saya? Cubalah lihat beberapa contoh gambar wayang kulit yang diambil di Aurum Theatre di bawah ini. Menarik dan comel bukan?

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
Gambar: Milik Penulis

Wayang kulit moden dan digital yang ada di Aurum Theatre dipanggil wayang kulit "fusion" dan dibawakan khas oleh Pak Dain, Tintoy Chuo dan Teh Take-Huat. Semua wayang kulit yang boleh didapati di Aurum Theatre disertakan dengan nama dan penjelasan pendek karekter wayang kulit tersebut. Kalau anda ingin melihat pameran wayang kulit yang ada ini, pergilah ke Aurum Theatre sebelum terlambat. Ia boleh didapati di kedua-dua tingkat Aurum Theatre, tetapi pastikan untuk mendapat izin daripada staf sebelum mengambil gambar atau video ya!

Perubahan zaman telah memperlihatkan banyak perkara diubah dan diolah mengikut peredaran masa. Wayang kulit kini bukan sahaja boleh dijumpai dengan ukiran dan dipertontonkan kepada orang ramai dalam konsep tradisional dengan menggunakan prinsip cahaya dan bayang-bayang, tetapi kita ada dalam bentuk moden juga. Perbezaan ketara diantara wayang kulit tradisional dan moden adalah saiznya. Kita boleh melihat sendiri boneka kulit pada wayang kulit moden yang kebiasaannya lebih kecil daripada boneka yang digunakan dalam pertunjukan wayang kulit tradisional. Pada masa yang sama, boneka wayang kulit moden digabungkan dengan penggunaan lampu LED yang lebih terang bagi menaikkan warna boneka itu sendiri. Selain itu, wayang kulit moden juga menggunakan gamelan elektronik dan adakalanya menggunakan alat musik moden lain juga.

Sementara itu, wayang kulit digital pula menggunakan teknologi yang lebih canggih, seperti animasi dan grafik komputer. Pertunjukan wayang kulit digital biasanya disajikan dalam bentuk animasi 3D, dan boleh dipertunjukkan kepada orang ramai dalam format video atau melalui aplikasi telefon pintar.

Meskipun telah mengalami perubahan, seni pertunjukan wayang kulit masih tetap dikenali dan disukai ramai di kalangan masyarakat Malaysia. Pertunjukan wayang kulit tradisional dan moden masih sering diselenggarakan di pelbagai tempat, seperti di sekolah-sekolah, museum, dan acara budaya. Semoga seni pertunjukan wayang kulit akan terus dijaga dan dilestarikan oleh generasi muda, agar tidak hilang dari kebudayaan bangsa.


Image from: Kecantikan dan Keunikan Wayang Kulit Moden: Pemikat Hati Orang Ramai #TheGoodStuff
  Hantar artikel/video berkaitan #TheGoodStuff dan menangi hadiah sebanyak RM11,000! Ketahui lebih lanjut di sini.  


Saya Zuan adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.