‘Kecemasan tak tunggu elektrik pulih’ – Klinik kongsi detik cemas rawat pesakit dalam gelap

LocalHealth & Fitness
23 Nov 2026 • 10:17 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Petugas Klinik Hayat 24 Jam Dengkil meneruskan rawatan pesakit menggunakan lampu suluh telefon ketika gangguan bekalan elektrik.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Dengkil, Selangor, tidak menghalang petugas sebuah klinik daripada meneruskan rawatan terhadap pesakit, termasuk seorang individu yang mengalami gejala serangan jantung.

Kejadian yang dilaporkan berlaku selepas tengah malam itu menyaksikan petugas Klinik Hayat 24 Jam Dengkil terpaksa menggunakan lampu suluh telefon bimbit bagi memastikan rawatan kecemasan dapat diteruskan meskipun dalam keadaan gelap.

Menerusi perkongsian di Threads, pihak klinik memaklumkan beberapa pesakit hadir mendapatkan rawatan hampir serentak ketika bekalan elektrik terputus.

“Pukul 12 lebih malam tadi, satu Dengkil gelap. Kipas mati. Lampu mati. Aircond senyap. Tapi pintu klinik kami tak boleh tutup,” menurut hantaran tersebut.

Pesakit terus diberikan rawatan

Difahamkan, seorang doktor ketika itu sedang memeriksa pesakit yang mengalami sakit perut menggunakan lampu suluh telefon sebelum seorang lagi pesakit hadir dengan kecederaan patah tangan dan kulit tersiat.

Walaupun berdepan keadaan serba kekurangan, doktor tetap meneruskan rawatan luka dengan bantuan kakitangan yang memegang lampu bagi menerangi kawasan rawatan.

“Doktor terus buat dressing dalam gelap, staf pegang lampu dari tepi. Pesakit lain duduk menunggu atas lantai. Tak ada siapa merungut,” katanya.

View on Threads

Detik cemas

Bagaimanapun, keadaan menjadi lebih mencemaskan apabila seorang pesakit ketiga tiba dalam keadaan memegang dada dan mengalami peluh sejuk, yang dilaporkan sebagai serangan jantung.

Menurut pihak klinik, rawatan awal segera diberikan kepada pesakit berkenaan sementara menunggu ketibaan ambulans.

Pesakit itu kemudiannya dibawa ke hospital sebaik sahaja ambulans tiba bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Malam tu kami belajar satu benda: kecemasan tak tunggu elektrik pulih,” menurut perkongsian tersebut.

Sementara itu, netizen turut menzahirkan penghargaan kepada petugas klinik yang bertungkus lumus memberikan rawatan kepada pesakit meskipun berdepan gangguan bekalan elektrik.

The post ‘Kecemasan tak tunggu elektrik pulih’ – Klinik kongsi detik cemas rawat pesakit dalam gelap appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved