Kecerdasan Buatan Digunakan Dalam Sindiket Panggilan Penipuan

TechnologyDigital
6 Mar 2023 • 4:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available
Telefon

Suatu ketika dahulu di Jepun terdapat satu sindiket penipuan dinamakan “Ore Ore” dimana golongan emas di Jepun akan menerima panggilan suara yang mana si pemanggil akan secara tergesa-gesa dan dalam keadaan ketakutan mengatakan “ore, ore” (saya, saya!) dan meminta dihantarkan wang untuk tujuan yang tidak begitu jelas.

Terkini, terdapat satu lagi sindiket penipuan sama yang nampaknya sedang berlaku di Amerika Syarikat dan Kanada, dimana panggilan dibuat kepada warga tua di sejumlah kawasan di negara-negara tersebut dengan modus operandi yang sama.

Lebih mengejutkan ialah sindiket panggilan ini menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk memiripi suara ahli keluarga menggunakan sampel suara beberapa saat sahaja. Gabungan godaman data beratus juta rakyat Amerika Syarikat, digabungkan dengan kejuruteraan sosial membolehkan kumpulan-kumpulan jahat menggunakan maklumat sedia ada untuk membina pengkalan data suara ini.

image is not available

Peningkatan penggunaan perisian kecerdasan buatan bermakna bahawa kumpulan-kumpulan ini sudahpun mempunyai pengkalan data yang cukup besar dan terbuka untuk mendapatkan bank suara yang tepat yang boleh digunakan untuk tujuan memiripi suara sesiapa sahaja untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Pihak keselamatan dan sekuriti mengatakan bahawa isu sindiket penipuan ini adalah sangat sukar sekali untuk dibendung kerana orang ramai akan percaya kepada panggilan-panggilan yang diterima ini kerana suara yang memiripi orang yang dikenali.

Buat masa ini, badan-badan keselamatan atas-talian kebanyakannya sudahpun sedar mengenai perkara ini dan telah mula memberi amaran kepada orang ramai untuk memastikan identiti pemanggil sebelum membuat sebarang transaksi kewangan secara terus.