


Bila sebut Nilai 3 pastinya orang ramai dan pelancong luar negara akan terbayang keindahan ‘syurga’ membeli belah terutama pada hujung minggu dan musim cuti persekolahan.
Khamis lalu untuk menggelakkan kesesakan, saya dan isteri telah berkunjung dan meneroki kepelbagaian Pasar Borong Nilai 3 di bawah pengurusan Kerajaan Negeri Sembilan. Tempat ini adalah sebuah destinasi yang penuh dengan beranekaragam budaya antarabangsa (ramai pengusaha perniagaan dan para pekerjanya berasal dari luar negara) sejajar dengan pembangunan moden yang pantas di Malaysia. Walaupun dikenali sebagai pusat beli-belah bajet, Nilai 3 juga menawarkan keindahan alam sekitar semula jadi dikelilingi oleh pokok-pokok kehijauan, restoran-restoran serta gerai-gerai bersih yang mengsajikan makanan tempatan. Isteri saya mencari balang-balang untuk kenduri anak saudaranya.
Gedung membeli-belah Nilai 3 adalah salah satu tempat berbelanja (shopping) terbesar di Malaysia. Ia terkenal sebagai tempat membeli kelengkapan perkahwinan, langsir, kain, permaidani dan sebagainya. Kami melihat Pusat Perniagaan ini telah bergerak lancar setelah kemarau semasa pandemik Covid-19. Ia mempuyai potensi untuk berkembang pesat.
Kami perhatikan setiap hari, Nilai 3 menjadi tumpuan ramai pengunjung. Kalau kami datang hujung minggu dan musim cuti sekolah, tempat ini penuh sesak dengan orang ramai. Apatah lagi kalau kita datang menjelang hari perayaan seperti Aidil Fitri, Adil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan sebagainya. Saya minat mencari perabot kayu jati pada harga yang murah. Ia juga ada banyak kedai lampu pelbagai reka bentuk dengan harga yang berpatutan. Terdapat juga pasar basah yang menjual pelbagai barang keperluan dapur.
Kami bernasib baik dapat bertemu dengan rakan tokoh akademik, Professor Madya Azizi Zakaria dan isteri dari Lumut, Perak yang masakini aktif sebagai Pengurus Agensi, Hans Legasi Resources Sdn Bhd dan perunding dalam perancangan harta dan pengurusan pusaka. Banyak ilmu diperolehi mengenai perancangan harta Islam, wasiat, hibah dan faraid.
Saya dan isteri amat terkesan dengan analisis Azizi bahawa “Tidak kira seberapa banyak tasbih kita miliki, seberapa banyak maulid kita hadiri, seberapa banyak guru didampingi, sentiasa menuntut ilmu dan banyak ijazah telah dimiliki … tetapi jika kita memandang rendah mukmin yang lain dan bersifat angkuh dihati, maka kita adalah penuntut yang daif."

Hantar artikel/video berkaitan #CutiCutiLocal dan berpeluang menangi hadiah sehingga RM10,000! Ketahui lebih lanjut di sini.
Zulkifly Baharom adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


