Kecoh 2 Ekor Lembu Terlepas Di LDP

17 Jun 2024 • 3:51 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Tangkap layar memaparkan dua ekor lembu berlari di Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam.

Dua ekor lembu terlepas di Lebuh Raya Damansara-Puchong semalam sehingga menyebabkan trafik menjadi perlahan.

Rakaman klip video yang dirakam beberapa pengguna jalan raya tular di media sosial, memaparkan dua ekor lembu berkenaan berlari di celah-celah kenderaan di lebuh raya itu.

Dilaporkan sebuah Perodua MyVi mengalami kerosakan akibat dilanggar salah seekor lembu itu. Bagaimanapun, tidak diketahui keadaan pemandu kenderaan terbabit. – Getaran, 17 Jun, 2024

@getaranmy Dilaporkan seekor daripada lembu yang terlepas itu kemudian telah dilanggar sebuah kereta Myvi. Keadaan pemandu tidak diketahui setakat ini. Video: Kamarul Arifin #getaranmy #viral ♬ original sound - Getaran

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved