Kecoh Dakwaan Najib Razak Duduk Dalam Rumah Pegawai Penjara, Ini Respon Jabatan Penjara

8 Sep 2022 • 1:20 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Jabatan Penjara Malaysia sekali lagi terpaksa tampil menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menyatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak dimasukkan ke dalam sel penjara.

image is not available

Terkini, tersebar pula dakwaan Najib duduk selesa di dalam rumah pegawai penjara di Penjara Kajang.

Ini apabila tersebar perbualan di WhatsApp menyatakan anggota yang bertugas di dalam Penjara Kajang mengesahkan perkara itu.

Najib tidak berada di dalam sel. Seorang sahabat yang sepupunya adalah seorang pegawai senior penjara di Kajang maklumkan Najib diberikan sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

Rumah berkenaan adalah untuk pegawai senior penjara. – Dakwa mereka.

“Maklumat tidak sahih. Hentikan penyebarannya.” – Respon ringkas Jabatan Penjara Malaysia.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga dakwaan bahawa nama Najib tidak dimasukkan dalam pangkalan data Jabatan Penjara Malaysia yang turut tersebar.

Apapun, jangan mudah percaya dengan berita palsu yang tersebar sebelum mendapatkan kesahihan dari pihak bertanggungjawab.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media