Kecoh Di WhatsApp Kes Culik Pelajar Sekolah Di Kelantan, Pihak Polis Minta Berhenti Sebar ‘Fake News’

27 Sep 2022 • 12:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Minggu lalu, tular di media sosial mengenai dakwaan beberapa individu yang menjalankan jenayah menculik pelajar sekolah di sekitar daerah di Kelantan.

Berikutan itu, beberapa buah sekolah di negeri itu telah tampil notis peringatan mengenai kes culik dan meminta ibu bapa agar mengambil anak awal mengikut masa ditetapkan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku, seperti laporan Berita Harian.

image is not available

Sumber : Berita Harian  

Dakwaan itu turut menjadi tular di aplikasi WhatsApp sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan rakyat.

Berikutan itu, Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun tampil memberi kenyataan bahawa dakwaan cuba membawa lari atau menculik kanak-kanak di pekarangan sekolah itu adalah sesuatu yang tidak berasas.

image is not available

Sumber : Sinar Harian  

Setelah siasatan, pihak polis mendapati bahawa individu yang dituduh membuat cubaan culik itu tidak berniat demikian sebaliknya merupakan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan penapis air yang mempunyai urusannya untuk mengutip kutipan bulanan daripada pelanggan.

Jelasnya, seorang lelaki kurang siuman telah menjadi belasahan orang ramai kerana didkawa cuba untuk menculik kanak-kanak pada awal September lalu.

Polis Kelantan juga meminta agar orang-ramai tidak menyebarkan berita tidak benar berkaitan dakwaan kes culik sehingga menimbulkan rasa takut dalam masyarakat.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 minggu lalu

(VIDEO) Alasan Rindu Anak, Dua Wanita Warga Asing Buat Cubaan Culik Budak Di Taman Tema Genting?