
Pada Jumaat lalu kecoh di media sosial mengenai ‘bentuk’ bulan yang kelihatan begitu cantik dipercayai kerana fenomena gelinciran planet Zuhrah dengan bulan.
Bulan malam ni bentuk pisang. Ayah cakap huruf ز terbalik. Mana2 lah yang penting subhanallah lawa wehhh 🥹🥹 pic.twitter.com/Kc2kqaoahL
Terkini, tular pula mengenai fenomena ‘Light Pillar’ atau Tiang Cahaya kelihatan di Johor Bahru malam kelmarin (25 Mac) dan sempat dirakam serta dikongsikan di media sosial oleh orang ramai.
Ramai kongsi gambar dan video Fenomena Tiang Cahaya (Light Pillar)
Menerusi perkongsian beberapa pengguna media sosial yang memuat naik gambar dan video mengenai kejadian berkenaan, fenomena Tiang Cahaya itu muncul di langit pada waktu malam dan dapat dilihat oleh penduduk kawasan sekitar.
JOHOR : Fenomena Light Pillar atau Tiang Cahaya yang dapat disaksikan oleh penduduk di sekitar Johor Bahru malam tadi.
Tiang Cahaya mrupakan fenomena optik yg berlaku di atmosfera Bumi hasil daripada pantulan cahaya semulajadi atau buatan pada kristal ais yang terampai di udara. pic.twitter.com/bjetoSDv3T
JOHOR 26/03/2023
Fenomena Light Pillar atau Tiang Cahaya yang dapat disaksikan oleh penduduk di sekitar Johor Bahru malam tadi.
Tiang Cahaya merupakan fenomena optik yang berlaku di atmosfera Bumi hasil daripada pantulan cahaya semulajadi atau buatan pada kristal ais yang… pic.twitter.com/Z7KwxIuPM8
Bagaimana Light Pillar terjadi?
Sementara itu, menurut laman web Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena itu terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.
Menurut laman web Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), fenomena Light Pillar terjadi apabila di permukaan Bumi terdapat cahaya yang terang dan dikelilingi oleh air.
“Kemudian ketika kejadian suhu atmosfera sangat sejuk hingga terbentuk ais (berbentuk kepingan) yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
“Manakala suhu di permukaan Bumi pula sangat panas. Pertembungan kedua-dua keadaan itu katanya menyebabkan cahaya tadi terpantul ke atmosfera dan kelihatan seolah-olah tiang cahaya tergantung di langit.
“Keadaan ini selalu terjadi di kawasan kutub atau polar. Fenomena itu juga boleh berlaku di mana sahaja,” katanya.
Fenomena sama pernah berlaku di Sabah dan Sarawak
Untuk info, kejadian sebegini bukanlah pertama kali berlaku di Malaysia, malah ia pernah terjadi pada tahun 2017 di mana sekumpulan jurugambar di Kudat, Sabah telah menyaksikan fenomena Tiang Cahaya ini.
Selain itu, imej fenomena yang sama juga pernah diambil pada tahun 2021 di Bintulu Sarawak oleh Raymond Budon.
Berkongsi lanjut, MYSA berkata Tiang Cahaya dapat dilihat dalam pelbagai warna menghiasi langit di malam hari.
Source:

