Kecoh Isu Elak Kongsi Tentang Palestin, Timbul Pula Dakwaan Syamimia ‘Body Shaming’ Orang & Jenis Cakap Lepas?

17 Oct 2023 • 2:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kecoh sekarang ini di setiap platform media sosial berkenaan seorang influencer popular, Syamimia membuat video penjelasan kenapa dirinya tidak membuat sebarang perkongsiaan ataupun awareness mengenai isu Palestin-Israel.

Oleh kerana membuat video penjelasan tersebut, teruk pempengaruh terbabit dikecam ramai, dimana ada yang berkata Syamimia ‘try hard’ untuk memberi alasan.

Belum reda dengan isu tersebut, timbul pula dakwaan mengenai wanita tersebut suka body shaming orang lain dan mempunyai sifat ‘cakap lepas’.

image is not available

Sedar mengenai dakwaan terbabit, Syamimia tidak mendiamkan diri dan meminta individu tersebut berhenti dari membuat fitnah yang boleh mendatangkan kebencian orang ramai.

Influencer tersebut sedar akan kesilapannya memuat naik video penjelasan tersebut tetapi itu tidak bermakna individu berkenaan boleh sesuka hati menjaja cerita tidak benar.

Bahkan, Syamimia meminta individu tersebut memberi penjelasan secara jelas kepadanya bilakah dia memanggil individu itu dengan panggilan ‘gemuk’.

image is not available 12 hours ago

"Banyak Betul Alasan, Orang Suruh 'Share Awareness' Je Bukan Derma" - Penjelasan Syamimia Tak Kongsi Isu Palestin Teruk Dikecam