Kecoh penduduk Kg Sri Makmur enggan berpindah, netizen pelik -“Kenapa buat rumah atas tanah orang?”

28 May 2024 • 10:52 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Netizen persoal tindakan penduduk di Kampung Sri Makmur enggan berpindah dari perkampungan tersebut walaupun sudah menerima notis daripada pihak berkuasa.

Menerusi satu perkongsian di X, @Amrlamnnn telah memuat naik semula satu video jengkaut dan lori cuba memasuki kawasan perkampungan itu untuk melakukan tugas mereka.

Penduduk Kg Sri Makmur enggan berpindah

image is not available

Namun begitu, penduduk kampung itu pula menghalang jentera itu untuk masuk ke dalam kampung mereka dan berkumpul di tengah jalan.

Disebabkan itu, pihak berkuasa terpaksa mengambil tindakan untuk mengosongkan jalan tersebut bagi memberikan laluan kepada jengkaut dan lori.

Bagaimanapun, penduduk di perkampungan itu enggan meninggalkan jalan tersebut sehinggakan pihak berkuasa terpaksa menolak mereka.

Pihak berkuasa ambil tindakan, penduduk Kg Sri Makmur enggan berpindah

image is not available

Pada ruangan kapsyen, @Amrlamnnn menjelaskan tanah berkenaan sebenarnya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

“Keadaan di Kampung Sri Makmur, Gombak menjadi panas dan kecoh pagi ini apabola penduduk enggan berpindah dari kediaman yang diduduki sekian lama.

“Pihak berkuasa terpaksa mengawal keadaan ketika jengkaut menolak rumah tersebut.

“Tanah berkenaan adalah milik PKNS dan perobohan itu bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium,” tulisnya.

Netizen peli penduduk Kg Sri Makmur enggan berpindah

image is not available

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan rasa pelik mengapa penduduk di kampung itu enggan berpindah sedangkan tanah itu bukan milik mereka.

Agama larang ambil hak orang lain

image is not available

Kalau bukan hak jangan ambil!

image is not available

Kesian memang kesian, tapi tu bukan tanah dorang

image is not available

Selalunya benda ni jadi kalau dah banyak kali kena bagi notis

image is not available

Dalam pada itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen mempersoalkan kewarganegaraan penduduk di kampung tersebut.

Betul ke dorang ni bumiputera?

image is not available

image is not available

Macam bukan Melayu pun

image is not available

image is not available

Sementara itu, beberapa individu turut mendakwa notis berpindah dari perkampungan itu telah dikeluarkan sejak 2006 namun terdapat penduduk yang enggan mematuhi arahan berkenaan.

Ayah ketua kampung, notis pindah dari 2006

image is not available

Dulu duduk sini, tapi pindah sebab arahan pihak berkuasa

image is not available

Isu ni dah lama, notis pun dah lama

image is not available

image is not available

Menerusi laporan Scoopdotmy, penduduk di perkampungan itu telah menerima pampasan sebanyak RM1,00 pada Jumaat namun belum sempat dikeluarkan oleh penerimanya.