Kecoh! Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Import – “Dah Kali Ketiga Dia Curang”

LocalFootball
21 Nov 2025 • 10:20 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Media sosial hari dikejutkan dengan satu perkongsian panjang daripada seorang lelaki yang mendakwa rumah tangganya mula retak selepas mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang pemain import Liga Super yang beraksi untuk sebuah pasukan di Borneo.

Menurut cerita yang dikongsikan, lelaki berkenaan menjelaskan bahawa sejak beberapa hari kebelakangan ini dia mula berasa tidak sedap hati dengan perubahan kecil pada sikap isterinya.

image is not available

Walaupun tidak pasti apa yang mengganggu perasaannya, rasa berat di hati itu membuatkan dia mengambil keputusan untuk memeriksa telefon isterinya ketika wanita itu sedang tidur.

Dia mendakwa menemui mesej dan bukti lengkap bahawa isterinya sudah beberapa kali menempah hotel bersama pemain import berkenaan.

Artikel lain: Isteri Tak Sangka Dicurangi Suami, Dakwa Pernah Tidur Sekatil Dengan Penyondol

Segala rekod komunikasi itu didakwa jelas menunjukkan hubungan sulit yang telah berulang kali berlaku.

Lelaki itu dalam perkongsiannya turut menyebut bahawa ini bukan kali pertama dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan mereka, namun bukti yang ditemui kali ini mengesahkan segala kecurigaan yang disimpannya selama ini.

image is not available

Perkongsian tentang kecurangan tersebut pada awalnya mendapat perhatian besar di Facebook, dengan ramai pengguna meninggalkan komen simpati dan pertanyaan mengenai situasi sebenar.

Namun begitu, setelah tidak lama tular, postingan curang itu didapati telah dipadam oleh lelaki berkenaan.

Setakat ini, tiada kenyataan atau respon daripada mana-mana pihak yang didakwa terlibat, dan orang ramai masih menantikan penjelasan berhubung isu yang sedang hangat diperkatakan ini.

Sumber: Facebook @Malaysia Nasional Football Team

The post Kecoh! Suami Dakwa Isteri Curang Dengan Pemain Import – “Dah Kali Ketiga Dia Curang” appeared first on Borak Daily.