Kecurian Kabel ECRL: Kerajaan Sedang Pertimbang Langkah Sesuai Banteras Jenayah Terbabit

LocalPolitics
17 Jul 2025 • 10:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Insiden kecurian kabel sering berlaku di sepanjang jajaran Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menyebabkan kerajaan sedang meneliti langkah yang sesuai untuk menangani jenayah terbabit.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui kejadian berkenaan merupakan satu jenayah terhadap harta awam dan ancaman kepada kelancaran pembinaan projek infrastruktur negara.

“Saya telah menghadiri satu mesyuarat bersama Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, bagi membincangkan isu kecurian kabel yang berlaku di sepanjang jajaran ECRL.

image is not available

“Saya memandang serius perkara ini kerana kejadian kecurian seperti ini bukan sahaja merupakan satu jenayah terhadap harta awam, tetapi juga boleh menjejaskan secara langsung momentum, jadual serta kelancaran keseluruhan proses pembinaan projek mega ECRL,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Sementara itu, beliau turut menegaskan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk terus memperkukuh kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasaan supaya isu ini dapat ditangani dengan lebih berkesan dan tuntas.

Terdahulu, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyatakan kebimbangan berikutan kes kecurian kabel yang boleh menjejaskan perancangan dan jadual operasi tren projek ECRL.

image is not available

Projek ECRL sepanjang 665 kilometer adalah projek infrastruktur terbesar di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China di Malaysia yang dijangka meningkatkan jaringan pengangkutan dan merangsang pembangunan ekonomi di pantai timur Semenanjung Malaysia.