
ALOR SETAR: Kerajaan negeri Kedah mengumumkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa, sekiranya Perikatan Nasional (PN) menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (gambar), memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman media sosial Facebook miliknya semalam.
Pengundian PRN Kedah yang diadakan esok ialag bagi memilih wakil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah penggal ke-15, bagi membentuk semula Kerajaan Negeri Kedah selepas DUN dibubarkan pada 28 Jun. -Bernama


![PRN: Warga Emas Dakwa Suami OKU Jadi ‘Mangsa’, Petugas SPR Pangkah Undi Tidak Seperti Yang Dikehendaki [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)