Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam

LocalPolitics
21 Jan 2026 • 10:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan Kedah umum 1 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam. Gambar hiasan

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah mengumumkan 1 Februari ini sebagai cuti peristiwa bersempena sambutan Thaipusam.

Penetapan cuti itu dipersetujui dalam mesyuarat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, hari ini.

Menurut surat rasmi kerajaan negeri yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Dr Nadzman Mustaffa, cuti peristiwa itu selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

Surat tersebut yang diedarkan kepada ketua jabatan negeri dan Persekutuan, ketua badan berkanun negeri dan Persekutuan serta ketua jabatan pihak berkuasa tempatan negeri turut dikongsikan di Facebook Muhammad Sanusi hari ini. - Bernama