Kedah umum 11 Februari cuti peristiwa sempena Thaipusam

4 Feb 2025 • 1:52 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Bernama

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah memutuskan pemberian cuti peristiwa pada 11 Februari ini bersempena sambutan Thaipusam.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) Datuk Dr. Nadzman Mustaffa dalam surat rasminya kepada ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutuan hari ini, menyatakan cuti peristiwa tersebut adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).

AdvertisementPada 22 Jan lepas, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberitahu cuti tersebut diluluskan oleh kerajaan negeri bagi membolehkan penganut agama Hindu meraikannya.