Kedah umum cuti 18,19 November

LocalPolitics
15 Nov 2022 • 6:01 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan.

ALOR SETAR - Kerajaan negeri Kedah bersetuju untuk mengisytiharkan 18 dan 19 November sebagai cuti umum di negeri ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Norizan Khazali berkata, perkara itu selaras dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memudahkan rakyat menunaikan tanggungjawab mengundi pada 19 November ini.

Cuti umum yang jatuh pada 18 November di Kedah akan digantikan dengan hari bekerja berikutnya pada 20 November.

Pada Isnin, Perdana Menteri mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing dan perkara tersebut disambut baik oleh rakyat.