Kedah Umum Cuti Peristiwa 5 Feb Sempena Thaipusam

24 Jan 2023 • 3:35 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kedah Umum Cuti Peristiwa 5 Feb Sempena Thaipusam

ALOR SETAR, 24 Jan (Bernama) — Kerajaan Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa pada 5 Feb ini bersempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Jan lepas.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat sebaik-baiknya memandangkan ia jatuh pada hari Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan,” katanya.

— BERNAMA

Sumber: Bernama