Kedai Bakeri Sarawak, Taka Sah Miliki Sijil Halal Sejak Cawangan Pertama Satok Pada Tahun 1986

19 Dec 2023 • 12:17 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada pihak telah mempertikaikan status halal mereka kebelakangan ini

Kedai Bakeri Sarawak, Taka Sah Miliki Sijil Halal Sejak Cawangan Pertama Satok Pada Tahun 1986. Taka Cake House telah menjelaskan bahawa ia mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) selepas satu hantaran Facebook yang meragui status kedai kek itu tersebar di media sosial.

Terdapat seorang pengguna Facebook berkongsi tangkapan skrin sebuah blog yang mempersoalkan sama ada Taka Cake House mempunyai sijil halal. Hantaran itu dikongsi oleh 54 pengguna Facebook yang lain.

image is not available

Pihak Taka tampil jelas selaku pemegang sijil halal sejak tahun 1986 lagi

Pihak Taka tampil muat naik satu hantaran di laman Facebok mereka di mana mereka menyatakan bahawa mereka telah memperoleh sijil halal semenjak cawangan pertama mereka di Satok lagi.

“Kepada pelanggan yang dihormati, kami mempunyai Sijil Halal sejak cawangan pertama kami di Satok pada tahun 1986,” tulis kedai kek itu dalam satu hantaran Facebook.

Hantaran itu juga menyertakan gambar sijil halal terkini yang dikeluarkan kepada kedai kek itu oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Ini bermakna bahawa semua bahan-bahan yang digunakan oleh Taka adalah halal dan sesuai untuk dimakan oleh orang Islam.

image is not available

Ditubuhkan pada tahun 1986, Taka Cake House adalah salah satu jenama paling popular di bandar. Ia mempunyai 14 cawangan yang terletak di seluruh bandar Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.

Walau bagaimanapun, individu yang muatnaik tangkapan skrin meragui status halal Taka tersebut telah pun menjelaskan sijil halal kedai kek tersebut.

Mungkin ramai yang tidak cakna dengan kepentingan sijil halal di kedai makan. Ini sebab kenapa sijil halal itu penting di kedai makan. Baca penuh pautan di bawah:

https://www.iloveborneo.my/bukan-perkara-remeh-ini-antara-sebab-kenapa-sijil-halal-penting-di-kedai-makan/

https://www.iloveborneo.my/tular-kedai-roti-larang-tulis-ucapan-krismas-pada-kek-sijil-halal-jakim/