Kedai Boba Tealive Akan Dibuka Di Kapit Buat Julung Kalinya Sabtu Ini

8 Sep 2022 • 8:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

100 pelanggan pertama akan dapat minuman percuma.

Kedai Boba Tealive Akan Dibuka Di Kapit Buat Julung Kalinya Sabtu Ini. Menerusi hantaran di Facebook baharu Tealive Kapit, kedai boba Tealive itu mengumumkan bahawa cawangan pertama di Kapit bakal dibuka pada 10 September 2022 (Sabtu).

Pembukaan besar-besaran cawangan tersebut akan berlangsung bermula jam 9.30 pagi sehingga jam 9 malam.

image is not available
Kedai Boba Tealive Akan Dibuka Di Kapit Buat Julung Kalinya Sabtu Ini

Cawangan pertama Tealive Kapit itu juga akan menawarkan minuman percuma first come first serve kepada 100 orang pelanggan pertama sahaja pada hari berkenaan.

Disambung dengan promosi Beli 1 Percuma 1

Namun, bagi mereka yang terlepas peluang untuk menikmati cawan percuma pada Sabtu tersebut, anda juga berpeluang untuk mendapatkan promosi Beli 1 Percuma 1 di Tealive Kapit bermula 14 hingga 18 September 2022 (Rabu hingga Ahad). Promosi ini sah pada jam 12 tengah hari sehingga 5 petang sahaja.

Daripada foto yang dimuat naik oleh mereka di laman Facebook, kedai boba ini terletak di sebelah kedai kelengkapan diri Watson dan berada di tengah bandar Kapit.

image is not available
Bandar Kapit dari pandangan atas. Kredit foto: therjab.blogspot.com

Promosi RM 8 flat rate Tealive masih berlangsung sehingga Jumaat ini

Sementara itu, sempena pembukaan cawangannya yang ke-800, Tealive turut memberi penghargaan kepada pelanggannya dengan menawarkan harga RM 8 flat rate ke atas semua jenis minuman dan semua jenis saiz.

Tawaran ini sedang berlangsung sehingga 9 September 2022 (Jumaat) di semua cawangan Tealive di seluruh negara.

Untuk mendapatkan promosi ini, anda hanya boleh menebusnya dengan cara walk-in sahaja. Pembelian secara dalam talian dan menerusi platform pesanan makanan akan dikenakan harga biasa.

image is not available

Bagi mereka yang berada di sekitar Kapit, jangan lepaskan peluang ini untuk meraikan pembukaan cawangan Tealive di sana.

Ini pula kisah inspirasi yang buat ramai terharu daripada anak-anak Kapit: