Kedai Buat Servis ‘Sulam Nama’ Tahan Hampir 2 Tahun, Undang Kritikan Ramai – “Kau Boleh Mati Dulu Sebelum Tatu Tu Hilang”

13 Mar 2023 • 2:35 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tidak kira lelaki atau perempuan, kedua-duanya diharamkan untuk mencacah tatu di badan meskipun ia hanya bersifat sementara.

Tular rakaman di TikTok dimuat naik oleh sebuah kedai yang menawarkan servis membuat ‘sulam nama atau lukis’ dan ia meraih perhatian ramai netizen.

Sesetengah netizen terkejut dengan tawaran sulam itu yang dikatakan kekal di bahagian tertentu selama satu hingga dua tahun.

Rata-rata netizen mempersoal kedai tersebut yang membuat servis itu dan mengelirukan ramai orang kerana ia sebenarnya tetap dikira tatu.

Ini tatu. Panggillah sulam, silam, salam. Tatu tetap tatu. Memang la tak kekal lama sebab prosedur tak tembus terlalu dalam sampai jadi kekal tapi ini tetap tatu.”

Berdasarkan video yang sudah meraih lebih 700,000 tontonan itu, seorang wanita baru sahaja membuat servis menyulam namanya di bahagian leher dan ia kelihatan masih kemerah-merahan.

Ada yang meluahkan rasa bimbang mereka jika ramai individu beragama Islam akan terpengaruh dengan istilah ‘sulam’ itu dan melakukannya.

Dalam pada itu, segelintir individu menyamakan ia dengan terma yang sering digunakan untuk prosedur lain selama ini seperti sulam bedak, sulam bibir dan sebagainya.

Ada yang mengkritik segelintir pihak yang try hard untuk mencuba ‘menghalalkan’ perkara terang-terangan haram dan memanipulasi orang lain untuk bisnes.

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 7 hari lalu

"Gi Buat Tteobokki" - Wajah Disamakan Dengan Michael Jackson, Hael Husaini Nafi Buat Muka Di Korea