Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar

6 Jul 2022 • 11:11 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

ALOR SETAR – Seorang peniaga di Kampung Masjid Iboi, Baling, dekat sini, diuji pada hari kedua kejadian banjir dan kepala air di Baling apabila kedai diusahakan musnah dalam kebakaran pada malam, Selasa.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 9.35 malam berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, seramai tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran tersebut.

“Berdasarkan maklumat diterima di lokasi, sebuah kedai kelas A sedang marak terbakar dan anggota penyelamat dengan pasukan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bertindak membuat kerja-kerja penyelamatan dan pemadaman.

“Api berjaya dikawal dan seterusnya operasi memadam dilakukan sehingga selesai dan kedai didapati terbakar 70 peratus,” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Menurutnya, tiada mangsa yang dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Beliau memberitahu, operasi memadamkan kebakaran dibantu PBS Kampung Lalang Siong, PBS Kuala Pegang, PBS Gurun, PBS Bedong, PBS Merbok, PBS Semeling, PBS Padang Lembu dan PBS Kulim.

“Selain itu, operasi turut melibatkan jentera ‘water tanker’ daripada PBS Bedong dan PBS Gurun, malah turut dibantu PBS Pulau Pinang, dari PBS Juru,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved