Kedai DJI | Hasselblad Experience Store Kini Dibuka Di KLCC

TechnologyDigital
1 Jul 2024 • 4:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

DJI dan Hasselblad telah bekerjasama untuk beberapa tahun untuk memastikan kualiti foto dan video terbaik pada dron, gimbal dan kamera aksi mereka. Bagi yang tidak tahu, kerjasama ini tidak mustahil kerana majoriti pegangan Hasselblad dipegang oleh DJI. Terbaru kedai fizikal DJI | Hasselblad Experience Store pertama Malaysia telah dibuka di KLCC.

image is not available

Kedai ini terletak di Lot 117, tingkat 1. Kedai ini menjual pelbagai produk DJI dan Hasselblad seperti kamera baharu 907X 100C, kamera nircermin digital format medium X2D 100C, kamera edisi khas 907X 50C 80th Anniversary Edition, DJI Osmo Pocket 3 atau juga DJI Avata 2. Menurut wakil DJI | Hasselblad, kedai mereka di Menara Berkembar Petronas ini turut menggabungkan rekaan bertemakan elemen Kuala Lumpur, pelbagai fotografi di dalam Malaysia serta rakaman dari pandangan udara.

image is not available

DJI | Hasselblad Experience Store ini turut memaparkan pelbagai hasil fotografi yang dirakam menggunakan kamera Hasselblad dan dron DJI. Bagi yang berminat mengunjungi kedai ini, ia dibuka setiap hari sehingga 10 malam.

image is not available