Kedai Emas Sri Semantan sasar 30 cawangan menjelang akhir tahun

Business & Finance
10 Aug 2026 • 5:07 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kedai Emas Sri Semantan sasar 30 cawangan menjelang akhir tahun

NILAI: Kedai Emas Sri Semantan (KESS) menyasarkan pembukaan 30 cawangan kedai emas menjelang hujung tahun ini, selaras dengan usaha memperluas rangkaian perniagaan dan memberi lebih banyak pilihan kepada masyarakat mendapatkan emas berkualiti pada harga berpatutan.

Pengerusinya, Mohamad Hafizal Mahmood berkata, sasaran tersebut diyakini mampu dicapai selepas pembukaan rasmi cawangan KESS ke-21 di Nilai, Negeri Sembilan.

“Kita telah membuka beberapa lagi cawangan baharu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur; Raub, Pahang serta beberapa lokasi di Sabah dan Sarawak yang hanya menunggu masa untuk dirasmikan.

“Dengan rekod prestasi yang positif dan hasil sokongan, kepercayaan dan semangat kekitaan yang diberikan oleh seluruh warga kerja, kami yakin dapat mencapai sasaran 30 cawangan menjelang hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan KESS ke-21 di sini semalam.

Mengulas mengenai perkembangan KESS ke luar negara, beliau berkata, terdapat permintaan untuk membuka cawangan di negara jiran termasuk Thailand, Indonesia dan Filipina.

“Bagaimanapun, kami mahu fokus memperkukuh jenama di pasaran tempatan dahulu sebelum memperluaskan perniagaan ke luar negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasaran emas terpakai amat memberangsangkan dan terbukti apabila kesemua cawangan kedai emasnya melangkaui petunjuk prestasi utama (KPI) jualan harian.

“Selain itu, jualan secara dalam talian juga amat membantu peningkatan jualan dan kami sentiasa berusaha menyediakan pilihan kepada masyarakat untuk mendapatkan emas pada harga berpatutan, selain mengekalkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Emas Sri Semantan mahu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai emas sebagai aset yang boleh dijadikan simpanan dan sandaran kewangan pada masa hadapan.

“Kami bukan hanya menjual barang kemas kerana kami juga memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya emas sebagai aset yang mampu menjadi benteng ketika waktu sukar dan sandaran untuk masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

The post Kedai Emas Sri Semantan sasar 30 cawangan menjelang akhir tahun appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved